
Sulit
5 tahun
Antah Wellness Defend healthtag
Bolehkan Antah Wellness Defend healthtag 5g mengelak dari jangkitan Covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Buat masa ini langkah pencegahan yang dicadangkan ialah:
- kerap mencuci tangan selama 20 saat
- mengamalkan jarak sosial 1 meter
- menjauhi orang yang kurang sihat
- mengamalkan etika batuk/bersin
- tidak memegang muka
Pemakanan supplemen tidak terbukti secara saintifik kerana kurang kajian memandangkan virus ini baru.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini