
Sulit
3 tahun
Antara faraj dgn dubur luka selepas bersama
Sy berumur 20an,masalah sy bila bersama suami,antara faraj dgn dubur selalu luka sedikit selepas bersama…apakah tindakan yg sy harus lakukan untuk masalah ini

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah luka pada faraj dan dubur ketika melakukan hubungan intim. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, luka atau kecederaan pada bahagian berikut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Trauma daripada seks penetratif
- Penyakit kelamin
- Darah haid
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai masalah yang boleh menyebabkan gejala anda. Namun kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Jikalau ia disebabkan oleh trauma seks penetratif, luka terssebut mungkin berpunca daripada kurangnya pelincir ketika seks. Wanita serta lelaki mempunyai pelincir semulajadi ketika seks, namun jika kurangnya rangsangan, cecair ini akan kurang dikeluarkan. Anda boleh cuba untuk menggunakan pelincir jenis cecair yang dijual di farmasi untuk mengelakkan masalah ini.
Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.