
Sulit
4 tahun
Anti Tibi - Isoniazid 100mg
Assalammualaikum /salam sejahtera doc…
Sy br dibekalkan dengan ubat anti tibi (isoniazid 100mg) dan dimaklumkan perlu ambil within 6 months untuk prevent tibi. Sy agak kurang jelas dgn pegambilan ubat tersebut. Semasa sesi kaunseling, doc berkaitan memaklumkan tiada masalah untuk mengambil ubat tersebut bersama sama ubat HAART. Walaubagaimanapun, pihak farmasi memaklumkan ubat anti tibi perlu diambil within 1hours or 30minute sblm makan…
Soalan saya:
1.Adakah sy boleh mengambil ubat terbabit bersama sama ubat haart? (selepas makan)
2.sekiranya tidak boleh, adakah cara pengambilan ubat tersebut sama seperti pengambilan haart? (timing yg sama pd setiap hari)
T. Kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berikut merupakan jawapan yang diberi mengenai soalan yang diberi:
Pada biasanya, pengambilan ubat anti-TB dan HAART pada waktu tempoh yang sama adalah dibenarkan. Namun, kami juga tidak pasti terhadap kesan pengambilan ubat tersebut dengan sekaligus. Kemungkinan ia tidak memberi sebarang kesan selagi anda mengambil ubat-ubat tersebut pada dos yang ditetapkan
Memandangkan perkara nombor 1 adalah subjektif dan masih tidak dapat dipastikan, kami lebih cadangkan anda untuk mengambil ubat-ubat tersebut mengikut dos yang ditetapkan seperti biasa. (seperti anda hanya mengambil salah satu ubat daripada yang terlibat).
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.