
Sulit
4 tahun
Antibiotic sebab result urine ada pus cells = 10 dan demam on off lebih seminggu
Saya demam on off lebih seminggu. Low grade fever. Tiada batuk,sakit tekak. Cuma ada ulcer mulut. Biasa demam datang malam hari. Jumpa doktor swasta,dia bagi ciprofloxacin 2 biji sehari untuk 5 hari. Adakah saya perlu ambil antibiotik ini? Adakah antibiotik ini merbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala anda mungkin mengambil sedikit masa sebelum ianya betul-betul sembuh. Lebih-lebih lagi jika anda demam dan mempunyai ulcer mulut.
Buat masa sekarang, saya nasihatkan untuk anda mengawasi dahulu gejala yang anda alami. Pengambilan antibiotik pula tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan memerlukan perskripsi doktor. Untuk mendapatkan perskripsi ini, doktor perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jika ia kelihatan dijangkiti kuman, barulah antibiotik diberikan. Hal ini bagi mengelakkan masalah antibiotic resistance
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.