
Sulit
4 tahun
Anxiety Disorder - how to manage my anxiety
saya berumur 20 tahun dan saya pernah mengalami Anxiety Disorder pada tahun 2018/2019 dan hanya mendapatkan rawatan kaunseling. sejak itu saya semakin baik, tapi kadang-kadang dia datang balik. sejak PKP, saya mengalami benda yang sama, dan semakin teruk. saya selalu sakit dada, cepat marah, cepat sedih. hal ini kerana apabila duduk di rumah, tiada benda yang boleh distract saya, seperti saya duduk di uni. kalau di uni saya boleh melakukan banyak perkara untuk mengelakkan saya terlampau berfikir. bagaimana saya nak kawal, adakah ada ubat supaya saya sentiasa bertenang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
- Gangguan panik
- Gangguan psikologi / psikiatri yang lain
Masalah “Anxiety Disorder” secara umumnya, adalah penyakit yang memerlukan penilaian dan rawatan khusus yang berterusan oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini masih berlanjutan sehingga mengganggu rutin harian anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi.
Anda juga boleh membaca petikan ini sekiranya ada waktu terluang.
Anda seorang yang hebat dan tahniah kerana berani menyampaikan hal ini kepada kami. Semoga anda tenang dan cekal !