
Sulit
4 tahun
Anxiety ,sakit tangan,dan dada
Salam doktor. Saya berusia 32 tahun sebelum ini saya mengalami anxiety selepas mendegar perkabaran kenalan menghidap jantung.selepas itu saya berasa cemas dan berasa seperti saya sendri yang menghidapi masalah jantung.saya sudah cuba atasi masalah anxiety ini tapi saya rasa tangan dan dada sebelah kiri dibahgian rusuk sakit tetapi sakitnya (on off). Adakah saya perlu mendapatkan rawatan seperti ECG dan ujian stress? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah jantung
- masalah hormon tiroid berlebihan
- masalah kebimbangan (anxiety disorder)
- serangan panik
- masalah sara
- masalah paru-paru
- kekurangan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.