
Sulit
4 tahun
Apa kesan ambil postinor semasa period
saya baru berkahwin tetapi tak ready untuk pregnant lagi… masa bersama suami, suami terpancut dalam tanpa sedar dan tanpa apa apa pelindung, keesokan hari saya period, tapi saya mengambil postinor, risau ter pregnant, sebab tak ready lgi untuk ade anak… boleh doktor terangkan tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat postinor mempunyai dos hormon progesteron yang tinggi. Jika diambil secara berkala, hormon ini tidak akan ada dalam badan anda terlalu lama untuk membawa kesan sampingan yang terlalu merbahaya. Oleh itu, kerana anda mengambil postinor 2 kali dalam satu kitaran haid, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan yang lebih nyata seperti:
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan fara
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar wanita kami di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.