
Sulit
4 tahun
Apa kesan pil perancang keluarga
Assalamualaikum sy nak tanya saya makan pil perancang dah 9tahun.adakah sy boleh terus ambil pil perancang atau sy dah kena stop untuk makan pil perancang.apa kesan kalau terlampau lama kita makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, bergantung kepada keperluan anda, anda boleh atau berhenti mengambil pil perancang tersebut. Tetapi kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum berhenti mengambil pil perancang tersebut.
Berikut merupakan kesan jangka panjang pil perancang keluarga:
- Risiko untuk mendapat kanser serviks. Namun begitu, penggunaan pil perancang merendahkan risiko untuk mendapatkan kanser ovari, rahim dan kolerektal
- Risiko pembekuan darah. Ini dapat menyebabkan seseorang mengalami masalah jantung atau strok
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum berhenti untuk berbincang dan membuat pemeriksaan lanjut terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.