
ryanqausarhadhri
5 tahun
Apa kesan selepas saya behenti ambil depo pada bln 5 dan besama suami adakah saya akan mgandung
Apa kesan selepas saya behenti ambil depo pada bln 5 dan besama suami adakah saya akan mgandung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan, suntikan Depo-Provera berfungsi sebagai kawalan kelahiran dengan segera selepas suntikan pertama, jika anda mendapatkannya dalam tempoh 5 hari pertama haid anda.
Suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu (3 bulan). Tempoh masa kesuburan kembali selepas berhenti depo berbeza mengikut individu. Ia boleh mengambil masa 4 bulan sampai setahun. Jika kesuburan tidak kembali atau anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak selepas satu tahun mencuba, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.