Sulit
5 tahun
Apa proses rawatan COVID?
Saya lelaki 24 tahun. Badan saya rasa lemah dan semalam saya selesema. Sekarang sudah mula rasa suam macam nak demam. Kalau simptom saya semakin teruk, apa yang saya patut buat jika saya ingin mendapatkan rawatan?
Adakah saya pergi ke klinik terlebih dahulu untuk buat ujian? Jika disahkan positif, adakah saya dihantar ke hospital, ataupun adakah saya perlu pergi dengan sendiri?
Apa rawatan yang diberikan jika dijangkiti COVID? Adakah hanya ubat-ubatan di wad?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Badan lenguh dan demam boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang lain seperti ‘common cold’. Oleh itu, anda disarankan agar memantau simptom anda buat masa sekarang. Sekiranya anda mempunyai simptom serius seperti sesak nafas, anda haruslah ke hospital dengan segera.
Rawatan di hospital buat pesakit COVID_19 pada masa sekarang masih rawatan simptomatik. KIta masih belum ada ubat yang disahkan berkesan untuk menangani virus ini. SIstem imun badan anda akan melawan virus ini dengan sendiri.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































