Anonymous
6 tahun
Apa punca berlaku sedikit pendarahan selepas bersama suami
Saya wanita berumur 32tahun sudah berkahwin selama 2 tahun. Sejak kebelakangan ni, saya perasan ada keluar sedikit darah bersama lendir putih selepas bersama suami. Bukan fresh blood tapi darah bcampur lendir putih. Semasa bersama ada sedikit rasa ngilu tapi tak teruk sangat.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































