
Sulit
3 tahun
Apa yg harus ahli keluarga lain buat jika salah seorang positif covid
Apa yg harus ahli keluarga lain buat jika salah seorang positif covid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui kenyataan anda di atas, kami memahami kerisauan mengenai status ahli keluarga anda yang telah positif COVID-19 dan ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Anda digalakkan untuk mengemaskini “Status COVID-19” di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kontak dan juga risiko. Selain itu sila pantau kesihatan diri anda sekiranya anda mengalami sebarang gejala,
Memandangkan anda adalah individu yang terdedah kepada ahli keluarga yang telah dijangkiti COVID-19, kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga. Terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
-Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
-Keletihan
-Batuk
-Lenguh dan sakit sendi
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Kesukaran bernafas
-Hilang deria bau dan rasa
Selain itu anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Memandangkan anda telah terdedah kepada individu yang disahkan positif COVID-19, oleh itu kami sarankan anda untuk melakukan (swab test) saringan kesihatan dengan mengklik pautan ini ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini