
ssyahirah01
5 tahun
Apakah cara yang perlu saya melakukan untuk mengelakkan daripada cyst ini membesar semula?
saya dulu pernah menghidap penyakit cyst fibroid , so saya risau jika cyst itu tumbuh semula

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
• Ketulan di bawah kulit yang mungkin mengandungi bahan cecair atau separa cair.
• Selalunya, sebaceous cyst dijumpai pada bahagian muka, leher,kulit kepala atau badan.
• Ia tumbuh dengan kadar perlahan dan tidak menyebabkan ancaman nyawa tetapi mungkin boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa terutamanya apabila sebaceous cyst membesar.
PENYEBAB SEBACEOUS CYST
- kelenjar atau salurannya tersumbat atau rosak
- trauma
- pembedahan ke atas bahagian kulit tersebut
Ia adalah penting kerana tanpa pembedahan yang lengkap biasanya sebaceous cyst akan berulang kembali. Kaedah rawatan adalah melalui excision iaitu membuang cyst sepenuhnya. Cyst yang berulang memerlukan pemerhatian lebih lanjut dan pembedahan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.