
Sulit
3 tahun
Apakah jenis penyakit kulit yang saya alami ini dan bagaimana cara merawati dari penyakit ini
Hello doktor. Saya lelaki berumur 19 tahun, semenjak beberapa hari ini saya mengalami satu bintik ketulan seperti jerawat yang agak keras dan ianya gatal sehinggakan berdarah jika digaru . Jika digaru, ianya akan merebak ke bahagian badan yang lain. Penyakit apakah yang perlu saya ketahui dan bagaimana cara untuk merawat penyakit ini?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti cacar air dan demam campak
- jangkitan kuman dan bakteria
- jangkitan kulat
- tindak balas alahan (contact dermatitis, eczema)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.