
aiman12091999
5 tahun
Apakah kesan jika mengambil lebih dari satu pil postinor 2 dalam masa yang singkat?
Kami pasangan suami isteri telah melakukan hubungan sex lebih dari 7 hari dan isteri saya terlupa untuk ambil postinor 2. Pada hari ke-8 isteri saya mengambil sebiji pil tersebut tetapi dah seminggu tidak datang haid.kemudian isteri saya ambil lagii sebiji pil postinor 2 tersebut. Apakah kesan terhadap diri isteri saya dan adakah dia boleh mengandung??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, mengambil Postinor pada hari ke-8 mungkin tidak memberikan efek mencegah kehamilan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih