
Sulit
3 tahun
Apakah kesan sampingan Oxynorm
wanita, 35 tahun.
hai doktor, sy sudah makan ubat oxynorm (Oxycodone) sudah setahun, dan mungkin perlu untuk jangka masa yang agak lama, so saya nak tanya. apakah kesan sampingan yang tidak bagus, yang boleh berlaku pada tubuh badan badan jika oxynorm itu diambil dalam jangka waktu yang lama, adakah ia boleh merosakkan fungsi hati atau adakah ia boleh menganggu fungsi dalaman tubuh badan saya. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Kesan sampingan ubat tersebut ialah:
- Mulut kering
- Hilang selera makan
- Sakit perut atau ketidakselesaan
- Cirit birit
- Runsing dan masalah tekanan
- Lemah dan badan menggeletar
- Kegelisahan
- Masalah tidur
Sekiranya kesan sampingan seperti ini berlaku secara berterusan dan mengganggu aktiviti harian anda. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih