
Sulit
4 tahun
Apakah kesan tidak makan second pil postinor?
Apakah kesan tidak makan second pil postinor selepas seks pada waktu subur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ubat yang disebutkan oleh anda merupakan pil perancang kecemasan Berkenaan pengambilannya, Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi kerana anda gagal untuk mengambil pil yang kedua. Justeru kami nasihatkan anda untuk melakukan ujian UPT bagi tujuan pengesahan kehamilan. Ujian ini boleh dilakukan selepas 2 minggu anda bersama dengan pasangan ataupun selepas 2 minggu tempoh terlepas kirtaran haid anda.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.