
Sulit
4 tahun
Apakah mknn dn mnuman yg dpt mnyeimbangkn hormon metabolisme
Sy wnita 21 thun mnderita pnyakit hipertiroid.Sy x ble salah mkn atau mnum justru pnyakit sy akn brtmbh teruk.so apakh mknn dn mnumn yg ptut sy mkn??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Saya faham bahawa anda risau jika keadaan hipertiroid anda bertambah teruk apabila makan makanan tertentu.
Ini adalah antara senarai makanan yang anda boleh makan dan yang perlu dielakkan apabila anda mempunyai masalah hipertiroid:
Boleh dimakan:
- Makanan yang mengandungi kandungan iodin yang rendah atau tiada iodin seperti garam tidak beriodin, oats, kentang, madu dan telur putih
- Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis bunga, rebung
- makanan yang kaya dengan zink seperti kacang kuda, daging lembu dan kambing.
- Makanan kaya dengan vitamin dan kalsium
Makanan yang perlu dielakkan:
- Makanan yang mengandungi kandungan iodin yang tinggi seperti udang, ikan, ketam, sushi, rumpai laut (seaweed) dan telur kuning.
- Makanan yang kaya dengan nitrat seperti makanan diproses (sosej, pepperoni, salami), bayam, daun parsley dan daun bawang.
- Ubat-ubatan seperti ubat batuk dan suplemen yang mengandungi herba (sesetengah suplemen mengandungi iodin).
Dapatkan suplemen untuk kesihatan yang lebih baik.
Ingin saya tekankan bahawa anda perlu mengambil ubat yang diberi oleh doktor anda supaya dapat mengimbangkan kandungan hormon tiroid di dalam badan anda.
Jika anda mempunyai persoalan lain berkaitan kondisi anda, anda boleh menghubungi (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami.
Dapatkan konsultasi dari pakar endokrinologi jika anda masih risau dengan masalah tiroid anda.