
hairi_fly160
4 tahun
Apakah Nama ubat bagi melecet kepala zakar?
Doktor,Bleh saya tahu apakah Nama sejenis ubat bagi kulit Yang melecet Oleh kepala zakar akibat terlalu kerap onani sampai kepala zakar jadi menipis sampai sensitif ngilu,nyeri bila bergeser dengan seluar?
Adakah ubat krim melecet dijual Di farmasi doctoroncall ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah zakar luka atau lecet boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kelamin
- Trauma zakar
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Kebersihan diri yang kurang
- Jangkitan kutu atau kuman
- atau gangguan kulit yang lain
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah / lecet
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- amalkan cuci alat kelamin dengan bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah