Nurdahlia

6 tahun

Apakah penyelesaian aliran haid yang banyak?

Aliran haid yang banyak . apakah penyelesaian utk mengurangkan

Salam sejahtera. Ini pasti masalah yang amat membimbangkan bagi anda. Aliran haid yang banyak adalah masalah yang perlu dirawat kerana komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kehilangan darah berlebihan. Contoh-contoh komplikasi termasuk anemia (kekurangan darah merah) dan masalah jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat. Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.

Pada peringkat awal, ubat-ubatan akan digunakan terlebih dahulu untuk menghentikan pendarahan. Contoh-contohnya termasuk:

  • Ubat anti-radang bukan steroid
  • Asid tranexamic
  • Pil kontraseptif
  • Ubat progestogen
  • Alat kontraseptif intra-rahim
  • Ubat tiroid diberikan kepada wanita yang berdarah banyak akibat penyakit tiroi

Jika anda juga mengalami anemia, anda akan diberikan supplemen zat besi.

Bagi kes-kes yang tidak dapat dirawat menggunakan ubat-ubatan, rawatan lebih lanjut akan diberikan. Contohnya:

  • Dilatation dan curettage
  • Embolisasi arteri rahim
  • Myomectomy
  • Ablation Endometrial
  • Hysterectomy

Saya mengesyorkan agar anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Semasa sesi perundingan, doktor akan menilai tahap kesihatan dan melakukan pemeriksaan perut dan pelvis, ujian darah dan ultrasound untuk mengenalpasti punca pendarahan anda.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.

Untuk merawat masalah pendarahan berlebihan, terdapat pelbagai alternative. Pilihan termasuklah ubat dan pembedahan. Antaranya ialah:

• Ubat tranexamic asid: Ubat ini paling mujarab kerana ia dapat mengurangkan kuantiti pendarahan dengan berkesan.
• Pil perancang: Ubat ini boleh mengurangkan pendarahan haid berlebihan, sakit segunggut dan pada masa sama menghindar penghamilan
• IUCD: Penggunaan IUCD berjenama mengandungi hormon levonogestrel yang dapat mengurangkan pendarahan haid.
• Pembedahan hysterectomy: Pembuangan rahim
• Ablasi endometrium: Prosedur membuang selaput rahim menggunakan pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro

Buat masa ini, kami menasihati anda berjumpa dengan pakar wanita anda untuk mengesan punca pendarahan berlebihan anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)