sucisherwiena98
3 tahun
Apakah pesakit leukimia
boleh kah pesakit leukimia mengunakan dynadryl syrup? dan apa ka kesan sampingan jika di ambil secara berlebihan ??sdgkn dia tdk mpuyai batuk2…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Dynadryl digunakan untuk merawat batuk yang mengganggu, hidung tersumbat dan sesak nafas yang berkaitan dengan selsema dan alahan
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan, antara yang sering seperti berikut:
- mengantuk
- pening
- gangguan koordinasi
- masalah perut
- pemekatan cairan saluran permafasan
Merujuk kepada masalah kesihatan anda, belum jelas jenis leukemia yang anda hidapi. Untuk pengetahuan anda, antara yang dilarang mengambil Dynadryl adalah:
- bayi
- pesakit asma
- mengandung
- menyusukan
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih




























