
chernobylnuke73
5 tahun
Apakah punya menjadi bungkuk dan cara untuk mengatasi?
Saya sering dikata oleh kawan yang saya ni bungkuk,jadi saya ingin bertanya kepada doktor ada x cara untuk mengatasinya!!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah bongkok biasanya disebabkan oleh postur tubuh yang salah. Anda perlulah duduk, berdiri, baring, membongkok dengan betul, malah postur mengangkat barang juga ada cara yang betul. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh kecederaan pada tulang belakang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.