
Norin
6 tahun
Apakah sakit yang saya hadapi?
Good afternoon doctor, i would like to ask you about my health.
Dah 2 tahun dah saya kena penyakit ni. Saya tak tahu sakit apa actually. Everyday, saya akan mual dan muntah. Saya juga akan selalu ke tandas sebab selalu buang air besar. Adakalanya, takda pon air besar tu. Okay itu masalah di badan. Sekarang masalah di kepala, dah 4 tahun saya kena migraine and makin lama macam migraine saya semakin pelik. Mulanya, penglihatan saya kabur. Lama kelamaan, badan saya dah mula cepat kebas, tangan saya tiba tiba lemah, tangan saya selalu kejang. Harap doctor boleh kaji lah kenapa saya macam ni. Saya dah lama tahan benda ni, all i do is eat panadol everyday. Sebab i sendiri tak tahu kenapa macam tu.

6 tahun
Selamat pagi. Terima kasih di atas pertanyaan anda.
Untuk masalah mual dan muntah setiap hari, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti keracunan makanan, ‘morning sickness’, reaksi terhadap bau atau aroma tertentu, kurang gula di dalam darah mahupun jangkitan kuman. Saya sarankan agar anda berjumpa doktor untuk masalah ini. Pastikan anda minum air secukupnya kerana terdapat kehilangan air yang banyak daripada badan selepas muntah.
Untuk masalah migrain pula, ia pasti menyusahkan anda untuk masa yang lama dan ubat panadol nampaknya tidak mencukupi kerana migrain anda bertambah teruk. Migrain adalah keadaan neurologi yang menyebabkan saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa menyebabkan masalah sakit migrain. Migrain boleh dibahagikan kepada dua iaitu migrain tanpa aura ataupun migrain biasa ataupun migrain dengan aura ataupun migrain klasik. Ia migrain tanpa aura biasanya meliputi rasa mual dan muntah-muntah, berlaku pada sebelah kepala sahaja dan juga peningkatan sensitiviti terhadap cahaya.
Namun ia dicetuskan oleh beberapa faktor seperti tidur yang tidak mencukupi, tekanan emosi yang tinggi, pengambilan alkohol, rokok, kopi dan juga keju serta perubahan hormon di dalam putaran haid. Memandangkan panadol tidak memberi kesan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda.
Migrain mungkin merupakan satu punca masalah anda. Masalah migrain adalah masalah biasa dalam golongan wanita dan boleh dikaitkan dengan kitaran haid. Ia merupakan kondisi neurologi kompleks yang merangkumi pelbagai simptom.
Pemeriksaan doktor boleh memberi penjaminan kepada anda bahawa masalah sakit kepala anda bukan satu tanda penyakit yang serius dan memberi cara-cara bagi anda merawat penyakit anda. Doktor perlu mendapat informasi yang teliti tentang corak sakit kepala anda, contohnya permulaan, jangka masa, kesakitan, kekerapan, sejarah keluarga dan impak sakit kepala kepada fungsi rutin harian anda. Selepas itu, doktor akan memeriksa sistem neurologi anda untuk menentukan diagnosis. Untuk membantu doktor mendapat corak sakit kepala anda, anda digalakkan mencatat corak sakit kepala anda.
Sekiranya anda didapati migrain, doktor boleh memberi rawatan yang sesuai untuk anda. Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan tanpa ubat ataupun dengan ubat. Rawatan tanpa ubat termasuk mengelakkan faktor pencetus sakit kepala seperti sesetengah makanan, stres, kekurangan air dan kekurangan glukosa dalam badan. Rawatan dengan ubat adalah ubat tahan sakit semasa serangan migrain dan ubat preventif bagi pencegahan seperti tricyclic antidepressant ataupun beta blocker. Semoga soalan anda dijawab dan cepat sembuh.