Naim

5 tahun

Apakah saya ini mengalami simptom HIV?

saya mengalami sakit belakang, lenguh2 badan, kerap sakit kepala, ada ruam merah dekat badan, timbul kudis2 kecil di badan… apakah saya mengalami simpton HIV? Last saya buat aktiviti bulan 2 tahun lepas

Salam sejahtera.

Sebelum saya bermula, saya ingin tanya adakah anda memakai perlindungan semasa menjalankan hubungan kelamin 2 bulan yang lalu? Pernahkah anda menggunakan dadah dan berkongsi jarum dengan orang lain? HIV. Jangkitan HIV sering menyebabkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, ruam, sakit sendi, bengkak kelenjar limfa, sakit sendi dan mudah letih.

Oleh itu, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV berdasarkan gejala yang telah anda gambarkan di atas terutamanya jika anda mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti hubungan seks bebas, hubungan kelamin tanpa perlindungan dan menggunakan dadah.

Human immunodeficiency virus atau HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. HIV biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu yang menghidap HIV.

Jangkitan HIV merupakan sejenis jangkitan kelamin. Jika anda mengamalkan hubungan seks tanpa perlindungan, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan kelamin lain seperti sifilis dan hepatitis B. Sifilis dan hepatitis B merupakan kondisi yang boleh menyebabkan gejala anda.

Dr Ilias,

5 tahun

Hi. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Mengikut penjelasan mengenai simptom-simptom yang anda sedang alami pada waktu ini, terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin sedang mengalami tanda-tanda berlakunya jangkitan HIV. Simptom-simptom ini walaubagaimanapun hanya akan muncul dalam tempoh antara 2 hingga 6 minggu selepas anda dijangkiti. Aktiviti berisiko yang anda lakukan adalah pada bulan 2 tahun lepas namun kehadiran ruam-ruam dan kudis-kudis kecil di badan anda adalah merisaukan kerana ia boleh membawa makna jangkitan HIV seseorang itu menjadi semakin teruk.

Anda dinasihatkan untuk segera ke klinik-klinik kesihatan ataupun hospital kerajaan bagi mengesahkan perkara ini. Terdapat dua jenis ujian yang boleh dijalankan oleh doktor. Ujain pertama adalah ujian antibodi yang hanya akan memberikan keputusan dalam masa beberapa hari. Sementara itu ujian kedua pula adalah ‘rapid test’ ataupun ujian segera dimana keputusan boleh diperolehi dalam masa yang singkat iaitu 15 minit sahaja. Anda tidak perlu berasa risau kerana keputusan ujain adalah sulit. Sesi kaunseling juga akan turut ditawarkan kepada anda pada masa sebelum dan selepas ujian dijalankan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)