
Sulit
3 tahun
Apakah Simptom hiv,mohon perincian
As salam,sy lelaki 23tahun,…dlu masa study,zakar sy pernah dihisap roomate,masa itu sy sedang tidur dan tersedar apabila sy klimaks,dan lpas tu dpt kabaran dia hiv +,adakah risiko sy djangkiti adalah tggi?kerana skarang sy berpeluh ketika tidur,mohon penerangan dr doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan HIV akibat peristiwa yang lalu . Kami akan cuba membantu anda.
Secara teorinya, terdapat risiko berlakunya jangkitan HIV jika seorang lelaki positif HIV mengalami ejakulasi di mulut pasangannya semasa melakukan oral seks namun bukan sebaliknya. Namun begitu, berciuman/ berkucupan/ bercumbuan/ oral sex lazimnya tidak menyebabkan jangkitan HIV melainkan air liur pembawa HIV yang berciuman dengannya bercampur dengan darah (jika terdapat luka atau ulser pada kulit penerima).
Untuk pengetahuan anda lagi, antara gejala yang lazimnya berhubungkait dengan jangkitan HIV termasuk
- Demam dan menggigil
- Ruam atau gatal kulit
- Berpeluh di malam hari
- Sakit otot
- Sakit tekak
- Keletihan
- Kelenjar getah bening yang bengkak.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang terdakat agar saringan dan pemeriksaan lanjut boleh diberikan.
Anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.