
Sulit
5 tahun
Apakah status sebenar saya?
period saya lambat 3 hari, selalu on time, saya check upt guna clear blue digital, pragnent 2-3 weeks, malam lepas saya check tu saya period, dua hari ja period, lepas dah pasti habis period, saya check semula guna upt dari jenama sama, dan ia mengecewakan saya, *not pragnent, keliru saya dibuatnya, suami dan family belum tau adakah saya hamil atau tak, dan saya sangat berharap untuk hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika anda telah datang haid, kebarangkalian untuk anda hamil adalah rendah. Namun, jika period yang anda alami adalah seperti spotting iaitu darah yang sedikit dan berwarna coklat, ia boleh menandakan pendarahan sewaktu awal implantasi. Terdapat pelbagai sebab kepada bacaan UPT yang bercanggah:
- alat UPT yang rosak
- alat UPT yang telah tamat tempoh
- kehamilan ektopik
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.