
Yasmin
6 tahun
Apakah ubat demam campak untuk kanak-kanak yang boleh dibeli dari farmasi
hi doktor… jika saya nk beli ubat untuk anak saya yg terkena demam campak di farmasi… apakah ubat yg sesuai untuk saya beli… tq

6 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Tiada rawatan yang spesifik untuk jangkitan campak. Pesakit disarankan agar berehat secukupnya, tidak pergi ke tempat sesak seperti ke sekolah dan minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi. Bagi merawat simtom seperti demam, pastikan suhu anak anda tidak terlalu tinggi. Biarkan anak anda berehat dalam keadaan kelam kerana pesakit akan lebih sensitive terhadap cahaya. Elakkan dari merokok berhampiran pesakit serta berikan anak anda makanan yang berkhasiat dan seimbang. Ubat batuk tidak dapat memulihkan simtom batuk yang disebabkan oleh jangkitan ini. Untuk membantu melegakannya, adalah dengan memberi lebih kelembapan di dalam udara bilik seperti meletakkan “air humidifier”. Air suam bersama sedikit perahan lemon dan madu juga boleh membantu.
Sebelum wujudnya vaksin, jangkitan campak adalah amat berbahaya dan mengakibatkan banyak kematian. Antara komplikasi jangkitan ini adalah:
- Jangkitan di dalam telinga
- Jangkitan saluran pernafasan
- Pneumonia
- Jangkitan pada otak
- Menyebabkan komplikasi bagi wanita mengandung seperti keguguran, kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Simptom-simptom demam campak biasanya akan tiba 10-12 hari selepas dijangkiti virus measles. Antara simptomnya ialah:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitive kepada cahaya
• Sakit otot
• Selepas 2-3 hari, timbul ruam-ruam bermula di muka dan kepala, kemudian merebak ke badan, tangan dan kaki
Ruam yang timbul akan kekal sepanjang 4-7 hari. Untuk menjawab soalan anda, tiada rawatan yang spesifik untuk mengubati demam campak kerana jangkitan ini akan sembuh dengan sendiri. Walaubagaimanapun, anda boleh mengabil langkah-langkah ini untuk mengurangkan simptom demam campak:
• Panadol untuk mengurangkan demam tinggi
• Air kelapa dikatakan mujarab untuk menyejukkan badan semasa demam
• Kurangkan pendedahan kepada cahaya terang untuk mengelakkan mata berair
• Berehat dan minum air yang mencukupi
Ruam-ruam yang timbul tidak perlu dirawat kerana ia akan menghilang dengan sendiri. Anda boleh menyapu ubat calamine untuk mengelakkan rasa gatal-gatal.