
trinafia
5 tahun
Apakah Ubat utk subur & tambah kuantiti air mani
Sy umur 35thn. Dh berkahwin 6 thn. Masalah kami tiada anak lg. Sy pernah buat ujian sperma. Hasilujian d nyatakan sperma dlm air mani sy x aktif & kurang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah air mani cair( oligospermia) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ejakulasi yang kerap
- obesity atau kegemukan
- gaya hidup yang tidak sihat
- faktor usia
Antara cara mengatasi yang boleh diambil ialah seperti:
-Tabiat onani harus dihentikan
-Hubungan seks yang dirancang
-Kurangkan berat badan
-Gaya hidup sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.