
Sulit
4 tahun
Apakah yang perlu saya buat dan ini tanda-tanda penyakit apa?
saya wanita berumur 30 an.dua minggu lepas saya dimasukan ke hospital dalam ujian darah dr ada nyatakan darah putih agak tinggi.tp dr tidak bagi tahu penyakit saya.selepas saya keluar keadaan saya masih sama.saya juga menghidap diabetis.terdapat beberapa gejala yang saya alami sekarang ini
1.saya masih rasa lemah dan cepat letih
2.cepat penat dan dada sakit
3.kekejangan otot kaki kiri
4.sakit kerut sebelah kiri atas
5.sakit kepala sewaktu bangun pagi
6.kerap muntah
apakah yang perlu saya buat dan ini tanda-tanda penyakit apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, kami lebih mengsyaki bahawa masalah-masalah yang anda alami ini adalah disebabkan komplikasi penyakit kencing manis yang status pengawalannya belum diketahui.
Berikut merupakan komplikasi serta kesan buruk kencing manis terhadap badan kita:
- Penyakit jantung atau penyakit salur darah seperti kegagalan jantung dan atherosclerosis (berisiko tinggi)
- Kerosakan saraf (peripheral neuropathy)
- Masalah penglihatan dan mata
- Masalah kulit
- Diabetes Keto-acidosis. Ia boleh menyebabkan kencing mengandungi ketones dan boleh menyebabkan keletihan yang sangat teruk sehingga boleh menghakis sumber protein dalam badan seperti otot.
- Masalah buah pinggang
- Strok.
- Mudah mendapat jangkitan kuman serta mengalami imun badan yang ditindas.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Oleh itu, berikut merupakan penjelasan yang sesuai dengan masalah anda:
- Perasaan lemah dan letih boleh disebabkan oleh diabetic ketoacidosis dimana badan anda tidak dapat menghasilkan tenaga daripada sumber gula
- Sakit dada boleh menandakan penyakit jantung atau tekanan darah tinggi
- Kekejangan otot boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu masalah pengsarafan atau penghakisan protein daripada otot tersebut yang disebabkan oleh diabetes ketoacidosis
- Sakit kepala pada waktu pagi selalunya disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi
- Kerap muntah boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi serta mempunyai masalah aliran darah yang tidak lancar. Muntah juga boleh menandakan masalah penghadaman yang kurang sihat.
Sekiranya anda mempunyai sebaranga pertanyaan lagi, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.