
Sulit
4 tahun
Ari ari bayi tidak bisa keluar setelah keguguran
hello dok saya umur 23th saya perempuan baru saja mengalami keguguran.janin sudah keluar tapi ari ari bayi masih sangkut dekat vagina tak boleh keluar.saya dah minum ubat cytotec untuk membuat kontraksi rahim saya tapi tak dapat keluar lagi.bagaimana cara untuk keluarkan ari ari itu dalam rahim dan vagina saya.perut saya serinf sakit dan mengeluarkan banyak darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Prosedur dnc dibuat adalah untuk membersihkan rahim dari semua janin yang tidak berjaya. Walaupun anda memilih untuk tidak menjalani dilatation and curettage, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui cara terbaik untuk keluarkan janin dan ari-ari bai sepenuhnya. Selain daripada d&c terdapat juga pilihan ubatan untuk membuang janin sepenuhnya tetapi ia hanya diberikan atas preskripsi dan pertimbangan seorang doktor.
Antara komplikasi gugur tidak lengkap adalah
- pendarahan dan discaj melalui kemaluan berpanjangan
- jangkitan kuman
- risiko meningkat untuk mendapat ketumbuhan seperti choriocarcinoma pada jangka panjang
Apabila anda mengandung, atau mempunyai janin, hormon human chorionic gonadotrophin (HCG) akan meningkat, sekiranya masih ada di dalam rahim anda, peningkatan HCG ini mampu membuatkan anda berasa loya dan mual yang mungkin mengganggu aktiviti seharian anda.
Untuk menjawab masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.