
Sulit
3 tahun
Asam lambung bercampur darah
adakah penyakit ini serius sehingga mengalami pendarahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda pada masa ini dan anda tidak perlu khuatir kerana kami akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami.
Untuk pengetahuan anda, penyakit asam lambung adalah lebih dikenali sebagai refluks asid atau gastroesophageal reflux disease (GERD). Kebiasaannya penyakit ini tidak menyebabkan pendarahan dan hanya menyebabkan penghidapnya mempunyai sakit dada dan muntah-muntah. Tetapi sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
- Radang esofagus (esophagitis)
- Barrett’s esophagus
- Kanser esofagus
- Parut kronik
Keadaan di atas boleh menyebabkan pendarahan dan seterusnya menyebabkan kesukaran untuk menelan makanan. Oleh itu sekiranya anda mempunyai sakit dada atau muntah darah, sila berjumpa dengan doktor segera.
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.