
Sulit
5 tahun
Ascites Dan pleural effusion
Saya Wanita berumur 37 thn mengidap tumor benign pleomorphic Adenoma Di sebelah Kiri bawah telinga selama sudah 10 thn. Baru2 ini saya dapati liver saya membengkak Dan saya telah pun ke hospital swasta utk pemeriksaan Dan telah menjalani full blood test, liver function test Dan bermacam test darah dan semuanya normal. 2 CT scan. Satu Di bahagian Leher Dan satu lagi Di bahagian abdomen. Keputusan CT scan Di Leher tumor membesar tapi tidak melekat Dan tiada ketulan lain dijumpai. Bagi CT scan abdomen Pula, semua organ Dalam keadaan baik termasuk liver, tiada ketulan Di Dalam liver tetapi liver membesar sehingga 19cm. Dan juga didapati Ada cecair Di ruangan perut (ascites) Dan Ada cecair Di bawah paru2 kanan (pleural effusion). Saya telah berhubung dengan pakar ent Dan Akan menjalani operation buang tumor pada 1 okt depan, followup pada 25 sept. Operasi Di gov hospital. Masalah saya sekarang tarikh follow-up utk jumpa gastro Dan ent adalah 2 minggu Dari sekarang. Adalah berisiko jika ditunggu selama 2 minggu? Saya kurang faham ttg ascites Dan pleural effusion. Harap doc dapat bagi suggestions adalah saya patut pergi semula ke hospital atau tunggu tarikh yg diberi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pleural effusion adalah satu keadaan apabila cairan berkumpul di lapisan pembungkus paru-paru, sementara ascites adalah suatu keadaan apabila terdapat cairan yang berkumpul di perut.
Pada kedua kondisi diatas, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan sekiranya terdapat gejala berikut, anda dianjurkan untuk segera ke unit kecemasan:
- sesak nafas terutamanya saat berbaring
- mual, muntah
- demam
- sakit dada atau sakit perut
Tergantung kepada kuantiti cairan, pihak kesihatan akan mencadangkan untuk cairan tersebut dikeluarkan sekiranya cairan terlalu banyak. Apabila cairan sedikit, pemerhatian dan penjagaan teliti adalah digalakkan. Bagi mengelakkan gejala memburuk, sebaiknya anda mengamalkan hal yang berikut seperti:
- mengamalkan diet rendah garam
- elak minum alkohol
- mendapatkan vaksin Hepatitis B
- evaluasi ulang ubat-ubatan yang sedang anda ambil bersama ahli farmasi
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.