
Sulit
3 tahun
ASIA Syndrome Post Az Vaccine
Selamat petang doc,saya nak tanya,baru baru ini doctor di hospital mengatakan saya menghadapi masalah ASIA Syndrome Post Az Vaccine.Boleh doctor terangkan apa yang dimaksudkan dengan Syndrome di atas dan apa antara gelaja yang dihadapi dan apa rawatan yng ada untuk saya pulih seperti biasa, terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, ASIA Syndrome (Autoimmune Syndrome Induced by Adjuvants) merupakan sesuatu sindrom yang baru ditemui. Secara ringkasnya, sindrom ini berlaku apabila sesuatu adjuvant seperti infeksi, vaksin, dan silicon implant menyebabkan penyakit autoimun. Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imun badan menyerang sel-sel dan tisu badan sendiri. Sindrom ini adalah sangat jarang ditemui dan kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor pakar mengenai perkara ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.