Sulit
3 tahun
Asid folic dan vitamin
Sy mengandung 8minggu, sy nak tanyaa waktu sesuai untuk makan asid folic dan vitamin waktu malam atau waktu siang ye ? Adakah harus dimakan mengikut waktunyaa ? Contohnyaa kalau makann pukul 8 malam , harus dimakan pukul 8 malam jugak untuk esoknya. Mohon pencerahan doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda boleh mengambil asid folik tidak kira pada waktu malam atau siang tetapi adalah terbaik diambil mengikut pada waktu yang sama setiap hari. Peningkatan selera makan juga boleh berlaku pada trimester pertama kehamilan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.