
syazima
5 tahun
Asid Folic untuk merancang untuk hamil
Saya wanita berusia 34 tahun, telah berkahwin pd bulan March 2019. Saya merancang untuk hamil. Perlukah saya ambil asid folic sebelum hamil? Macam mana saya nak dapatkan asid folic ini dan cara makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan asid folik sebelum dan semasa mengandung tidaklah wajib namun ianya amat disarankan bagi megelakkan penyakit “Neural-Tube defect” iaitu kecacatan pada tulang belakang janin. Ia juga mengurangkan risiko untuk keguguran dan juga anemia untuk si ibu. Asid folik dengan dos yang dicadangkan adalah selamat untuk si ibu dan juga kandungan. Ia boleh didapati dalam bentuk suplemen.
Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 gram setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang asid folik, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.