
Sulit
4 tahun
Asma atau lelah semput
Dr, sy penghidap asma, apakah patut sy lakukan, asma sy datang bile sy buat kerja berat contohnya angkat barang, ape sy patut lakukan. Degupan jntung sy smkin laju, sy bmbng laa dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah penyakit asma. Untuk maklukam anda, penyakit asma mempunyai tahap-tahap yang tertentu dan ia bergantung kepada kekerapan serangan yang dihadapi sepanjang penyakit tersebut serta kesan ia terhadap aktiviti harian anda.
Ia terbahagi kepada 4, iaitu:
- Intermittent (Sekejap-kejap)
- Mild persistent (Ringan tetapi berterusan)
- Moderate persistent (Sederhana tetapi berterusan)
- Sever persistent (Teruk dan berterusan)
Bagi tahap ‘teruk dan berterusan’, ia menyebabkan anda mengalami serangan sepanjang hari, terjaga waktu malam hampir setiap malam dan juga penggunaan inhaler sekerap beberapa kali sehari.
Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian mengenai tahap asma anda serta rawatan yang sesuai kerana mereka mempunyai informasi mengenai sejarah dan ujian kesihatan anda dengan lebih mendalam.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.