
Sulit
5 tahun
Asmlkm doctor saya nk tnya kenapa air mani saya berwarna kuning
sebelum ni saya mengalami kencing sakit dan ade darah
tapi saya dh jumpa doktor doktor bagi ubat antibiotik dan ubat2 jenis air punca saya mengalami ni kerana saya kerap onani selepas saya jumpa doktor saya tk melakukan onani selama 1 seminggu atau lbih dan hari ni saya onani dan keluar air mani kuning dan saya ingin tahu perlu ke saya jumpa doktor lagi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun begitu, kami tidak boleh mengulas lanjut kerana ciri warna kuning ini pelbagai ada yang pekat atau pudar dan variasi warna ini boleh disebabkan banyak perkara. Antaranya:
- Air kencing bercampur air mani
- Penyakit kelamin berjangkit
- Perubahan diet
- Masalh kekuningan jaundice
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.