
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum..bagaimana mengira kiraan minggu kehamilan saya? Adakah saya memang hamil? Perlukah saya berjumpa doktor segera untuk pengesahan? Terima kasih
Assalamualaikum…doktor…saya nak tanya…macam mana kiraan kehamilan saya ye? LMP saya pda 26 Jun 2020…semalam 10 Ogos 2020 saya mengalami spotting, dan ikutkan due period saya sepatutnya 11 Ogos 2020, pada mulanya saya ingatkan saya period semalam , tapi oleh kerana darah dia keluar sangat sedikit demi sedikit…saya cuba untuk cek UPT…alhamdulillah positif…adakah saya memang hamil? Dan kiraan minggu kehamilan bagaimana ye doktor? Sebab kitaran saya memang dalam lingkungan 40 ke 45 hari… terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting yang berlaku ketika mengandung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
- Keguguran spontan atau lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran ini jika pendarahan dan kekejangan semakin berkurangan manakala rahim kosong berdasarkan penilaian ultrasound.
- Keguguran tidak lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran jenis ini jika pemeriksaan pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan anda masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.
- Ovum yang hancur: Ia berlaku apabila ultrasound menunjukkan bukti bagi kehamilan di dalam rahim, tetapi embrio telah gagal untuk terbentuk di lokasi yang betul.
- Kematian janin di dalam rahim: Ini berlaku jika bayi yang terbentuk di dalam rahim telah mati.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
- Kehamilan molar: Hasil ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin yang sedang membesar.
- Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
- Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengira umur kandungan. Namun, untuk mengetahui lebih tepat, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Selain itu, dengan berjumpa dengan doktor juga anda boleh memastikan anda hamil atau tidak.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.