
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum saya nana umur 27th so saya ada buat test Opk positif upt negetif
Doktor saya ada buat test opk positif tpi upt negetif period saya lewat 3hri 2bulan adakah saya pergnancy tolong beri penjelasan doktor saya buntu Sgt lagi² kepala kerap sakit perut on off skit tpi ta period

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami perasaan anda pada masa ini tentang hasil tes UPT yang tidak sesuai dengan anjuran tes opk.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, tes OPK adalah suatu tes bagi menentukan waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan suami isteri bagi mendapatkan zuriat. Namun pelbagai faktor lain juga mengambil peranan untuk persenyawaan berhasil.
Di samping itu, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah