
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum..sy masih dalam cuba untuk dapatkan anak
First day last period 8/2…
Sepatutnya next period 11/3…
Tp…
Masa 10/3 malam ade sikit spot darah cair campur keputihan…sy ingat period…esok subuh dah takde darah…saya solat macam biasa…sampai la asar tu nk istinja solat…ade lg sikit spot mcm semalam…darah campur cecair2 jernih macam tu…pastu lepas tu takde keluar darah dah…jadi saya masih belum period sampai harini…
2 minggu lepas tu… cecair bawah sy keluar banyak…lebih kurang seminggu je…kemudian nor.al semula… breast saya pulak rasa sakit sampai sekarang ade rasa nyeri nya lagi…
Harini masih belum period…
Breast sakit datang dan pergi…
Perut dalam sehari akan ade rasa kram2 kejap…
Saya dah cek upt…tapi masih negatif
Saya risau…ade kemungkinan masalah lain ke dalam perut dan rahim saya?
Hope#first baby

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
ntuk menjawab soalan anda, perkara yang anda alami tidak normal. Masalah haid yang tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Selain itu, masalah sukar hamil ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Masalah pada struktur rahim/tiub Fallopian
- Masalah pada lelaki - seperti sperma kurang atau sperma tidak sihat
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
- Punca yang tidak dijumpai (28% dari kebanyakkan kes)
Anda dan suami anda boleh membuat temujanji dengan pakar sakit puan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca-punca dan rawatan yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih