Sulit
2 tahun
Asslamualaikum (Nama saye siti aisyah umur sye 20thn, sye bru je menikah 05 mei 21 sye nak bekerja taknak mengandung Dulu, sebab sye blom matang untuk mngambil tanggung jwb seorng ibu
Sulit1 saat
Malam pertaman selama 3hari Kita berhungan dia letak kat Dalam, selepas Tu esok Kami ambik obat oil Yasmine,. Awk period sye kena makan smpai selesai period, tpi sye melakukan ITU diluan sye xde period, sye makan oil Tu hari2 untuk tidal menjadikan apa2, menyebut doctor yg terjormat macam Mana pendapat tentang in??
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun saya kurang pasti dengan persoalan yang anda ingin diajukan kepada pihak kami. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Cara mengambilnya adalah dengan menelan setiap pil, dengan air jika perlu. Jangan mengunyah pil.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perancangan keluarga yang sesuai untuk anda. Terdapat beberapa maklumat yang perlu diperolehi tentang latar belakang kesihatan anda sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.