
Anonymous
5 tahun
Atas ari ari rasa keras dan tegang tapi tiada rasa sakit
Atas ari ari rasa keras dan tegang tapi tiada rasa sakit, apa puncanya ya doc. Haid saya lewat hampir seminggu.

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur/lewat boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Berkenaan dengan masalah anda (ari ari rasa keras dan tegang) ,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih