
bantal_868
5 tahun
Atas kening berasa kenas
Hi dr. Saya lelaki berusia 35 tahun. Saya mengalami kebas dia atas kening sebelah kiri dan Sakit dan kebas semakin bertambah apabila saya mengangkat kening.terima kasih dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Kerosakan atau kecederaan pada saraf
- Masalah pada otak seperti stroke
- Jangkitan pada kulit
- Komplikasi kencing manis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.