
Anonymous
2 tahun
Augmentin 225mg / 5ml
Terlupa simpan dalam peti sejuk setelah mixture dan telah minum 3 Kali kepada Bayi 9 bulan. Apa side effect?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Augmentin merupakan antibiotik kombinasi yang biasanya digunakan untuk melawan jangkitan kuman. Apabila telah dibuka, Augmentin perlu disimpan pada suhu 2-8℃. Hal ini adalah untuk mempertahankan daya potensi untuk melawan kuman. Sekiranya tidak disejukkan, Augmentin masih dapat digunakan namun keberkesanan dalam melawan kuman mungkin akan berkurang.
Terdapat beberapa persoalan yang harus ditanyakan sebelum membuat kesimpulan seperti berapa lama anda terlupa simpan dalam peti sejuk, berapa banyak yang dimaksudkan dengan 3 kali minum dan apakah ubatan lain yang juga diambil oleh bayi anda? Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ubat ini dan kaitannya dengan masalah anda, sila rujuk kepada pihak kami di link ini DoctorOnCall secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih