
Sulit
4 tahun
Autism or speech delay
Hi doktor . Saya ingin bertanya tentang autism dan speech delay … anak sy berusia 2tahun 9bulan . Kadang2 dia masih lg menggunakan bahasa dia utk bercakap . Dgn semua org dia panggil ‘ma’ termasuk sy dan ayahnya … kdg2 je dgn ayah dia, dgr dia panggil ‘ayah’ ,kalau tak dia akn panggil ‘ma’ juga … dia still bercakap dgn satu2 patah perkataan … tetapi bila menyanyi dia boleh menyanyi dgn 2-3 patah perkataan tetapi lagu english sahaja … bercakap 2 patah perkataan pun mcm ayat - go now , whats that , oh no . Sekali je sy dgr dia kata ma nak air tp perkataan nak tu tak jelas … if dia nk air , dia akn ckp air . If nk mkn , dia akn tnjuk atau ckp yummy … and bila kita panggil dia , dia buat tak faham je , tak toleh … kdg2 dia tgh main , tgok tv ,bila kita panggil dia takkan toleh , kdg2 toleh and dtg kat kita … ank sy kurg berbahasa melayu , bahasa melayu pun ckp hanya satu dua tiga , busuk , adik … adakah anak sy dikategorikan sebagai speech delay atau autism . Harap doktor dpt jelaskn dan membantu . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun 9 bulan sepatutnya mencapai tonggak pencapaian dalam pertuturan seperti di bawah:
- Menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan
- Boleh menyusun ayat yang menggunakan 2-3 patah perkataan
- Menunjuk 6 anggota badan dengan betul
- Menamakan objek atau gambar yang biasa dilihat
- Mengikut 2 arahan yang mudah dan berbeza tapi berkaitan dalam satu masa
- Nyanyi lagu kanak-kanak
- Pandai bertanya soalan (Siapa, Apa…)
- Menggunakan sebutan saya, kamu dengan betul
- Tahun nama penuh sendiri
- Boleh menunjukkan gambar berdasarkan tindakan ( Contoh: tunjuk gambar orang makan)
Untuk penilaian penuh, anda disarankan untuk membawa anak anda ke doktor kanak-kanak. Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh terus ditanyakan kepada doktor tersebut. Untuk memberi diagnosis autism , beberape penilian spesifik perlu dijalankan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.