
Sulit
4 tahun
Baby ada masalah semput tapi tak teruk
Hi Dr, saya nak tanya ada side effect tak jika baby bawah 12 bulan makan ubat yang berlainan dari klinik yang berbeza?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan kepada anda. Namun, secara umum, preskripsi ubat daripada doktor adalah sebagai rawatan kepada gejala/masalah pesakit. Pertimbangan manfaat ubat yang melebihi kesan sampingan menjadi keutamaan dalam setiap rawatan yang diberikan. Namun, sila berjumpa dengan doktor jka bayi anda mengalami gejala seperti:
- sering menangis
- muntah
- masalah pencernaan; buang air besar
- demam
- kesukaran bernafas
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih