
Sulit
4 tahun
Baby cirit birit lebih pada seminggu
Ank saya berusia 5 bulan…sebelum ni minum susu s26…tp cirit birit …dn saya tukar pada susu lactogen .adakah saya perlu tukar atau teruskn susu lactogen atau tukar pada susu yg lain lagi…ank saya mmg masalah susu…bermacam jenis saya sdh tukar…similac…enfalac…duth baby…dupro…saya buntu…susu ape perlu saya cuba…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Lazimnya cirit birit atau berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda juga, umumnya seorang ibu akan mampu memberikan susu ibu sehingga anak bayi mencecah umur 6 bulan. Pemberian susu ibu adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang jauh lebih baik dari susu formula (susu tepung). Oleh kerana informasi yang diberikan adalah adalah sangat singkat, saya tidak dapat merungkai situasi sebenar anda.
Justeru, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital yang terdekat. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).