
Sulit
4 tahun
Baby kulit kering dan gatal
Baby kadang kadang mengaruk kaki…bila saya check kaki ada tompok tompok kulit kering…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apabila seorang kanak-kanak mempunyai ekzema, kulit kanak-kanak tersebut sangat sensitif. Semakin sensitif kulit anak anda, semakin mudah ia terdedah kepada pemicu. Pemicu atau trigger adalah apa-apa yang boleh memburukkan kulit anak sama ada membuat ekzema muncul pada kulit ataupun memburukkan ekzema yang sedia ada.
Antara yang sering memicu ekzema adalah udara kering, peluh, dan stres. Selain dari perawatan dan ubatan, adalah penting untuk mengenal pasti pemicu ekzema pada anak anda dan berusaha mengelakkan pemicu tersebut daripada mengenai nya. Kunci utama adalah mengelakkan kulit anak anda daripada kering kerana kekeringan boleh menyebabkan rasa gatal muncul atau rasa gatal semakin hebat. Antara hal yang boleh dilakukan untuk mengurangi beratnya gejala adalah:
- memandikan anak anda untuk mengurangkan keradangan
- setelah mandi lapkan dengan cara pat gently
- sapukan pelembap ( moisturizer yang sesuai untuk kanak-kanak)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian . Terima kasih.