
Sulit
3 tahun
Baby kurng buang air besar
sa ibu berumr 19 anak saya berumr 2bulan 8hri dia krng mmbuang air besar doc kdng2 selang seli mmbuang air bsr dan smpi 2@3 hri tdk mmbuang buang air besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauana anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang mempengarui kekerapan bayi membuang air besar, antaranya:
- Umur
- Pemakanan dan penyusuan
- Kadar pergerakan usus
Secara amnya, kekerapan bayi membuang adalah sehari sekali sehingga dua atau tiga hari sekali. Perkara ini adalah normal namun anda juga perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda menunjukkan gejala ini:
- Najis berdarah
- Perut kembung
- Menangis dan tidak dapat dipujuk
- Kelihatan tidak selesa semasa membuang najis
- Lemah badan
- Demam
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.