
Anonymous
5 tahun
Bacaan Blood Pressure Tidak boleh baca
Ayah saya berumur 59 tahun, menghidap penyakit kencing manis, jantung & buah pinggang (Dialisis), baru 2 bulan melakukan amputasi kaki (separuh tapak dipotong)… semalam baru selesai dialisis selepas balik dari dialisis ayah saya mengalami tekanan darah yg tinggi sehingga tidak boleh baca 89/59 HI. Apa yang perlu saya buat untuk mengurangkan tekanan darah beliau… saya hanya minta ayah sy tinggikan bantal dlm kedudukan 45 darjah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab pertanyaan anda tentang masalah ini, adalah lebih baik sekiranya anda membawa ayah anda berjumpa dengan doktor yang merawat kerana beliau lebih mengetahui tahap kesihatan ayah anda. Namun, secara umumnya, rawatan untuk menangani masalah ini adalah:
- Pastikan ayah anda makan ubat darah tinggi dengan betul.
- Gunakan ubat darah tinggi lain ataupun dos yang lebih tinggi dengan nasihat dan preskripsi doktor
- Merawat penyakit yang menyebabkan tekanan darah tinggi
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat:
– Makan secara sihat – Tingkatkan pengambilan serat, kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans dan garam.
– Lakukan aktiviti fizikal secara berkala
– Mengekalkan berat badan ideal
– Tidak merokok
– Kurangkan minuman beralkohol
– Tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup
Sila rujuk kepada doktor ayah anda tentang masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal ini dan bincang tentang langkah seterusnya. . Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih